Wednesday, March 2, 2011

PERANAN PEKERJA SOSIAL KOMUNITI

Pekerja sosial komuniti perlu mengaplikasikan secara sistematik pengetahuan yang relevan dengan komuniti dan pada waktu yang sama dikawal oleh nilai-nilai dalam praktis kerja sosial.

Menurut Rubin dan Rubin (1986), terdapat 4 peranan iaitu:

  • Pekerja Sosial Komuniti sebagai Guru: iaitu menyedarkan komuniti bahawa mereka boleh menjadi pemimpin kepada komuniti mereka sendiri.
  • Pekerja Sosial Komuniti sebagai Pemangkin: iaitu memulakan penubuhan organisasi komuniti dengan mengenal pasti masalah dalam komuniti, menghubungkan ahli komuniti dan membentuk suasana kepunyaan dalam komuniti, berusaha mengambil tindakan awal dan menetapkan sasaran supaya ahli komuniti terlibat dengan aktif serta meluaskan pemikiran komuniti dengan isu-isu yang berada di persekitaran
  • Pekerja Sosial Komuniti sebagai Fasilitator: berperanan mengawasi perjalanan organisasi supaya berjalan dengan lancar.
  • Pekerja Sosial Komuniti sebagai Penghubung: berperanan menghubungkan antara organisasi, ahli dan komunitinya, mencari dan memberi maklumat.

Dalam melaksanakan peranan tersebut, pekerja sosial perlu mempunyai kemahiran teknikal dan kebolehan berinteraksi dengan orang ramai. Pekerja sosial perlu menggunakan pengetahuan yang relevan dan dikawal oleh nilai-nilai yang terdapat dalam kerja sosial.

No comments: