Thursday, September 8, 2011


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA:

KELUARGA TERCINTA,
RAKAN-RAKAN YANG DISAYANGI,
DAN RAKYAT MALAYSIA.

INFO:

Hari Raya Aidilfitri (Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umatIslam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. DiMalaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.



Wednesday, July 20, 2011

MY BFF WEDDING -NADIAH & AIZUD-

Hai......Salam 1 Perak, 1 Malaysia....hehehe

emm...time nih pulak majlis perkahwinan kawan aku Nadiah n pasangannya Aizud di Sitiawan, Perak.... Majlisnya agak meriah..... Pengantin pon comey jewwww..hehehe...

nih antara rakan-rakan kami yang hadir semasa perkahwinannya. Rakan-rakan nih antara rakan kami semasa belajar di SMTLC, Ipoh..haahaha....

hahaha..ade org kata pengantinnye mcam budak2 sekolah..hahaha...mne taknye, pengantinnyer alahai comey jew, kecil plak 2...rendang2 g2..hehehehe...tapi cute n chantekkkkkk...hehehe

emmm...time nih masa akad nikah....si suami memberi mas kawin kepada si isteri setelah sah menjadi suami isteri...hahahaha..

hahahaha..sudah habis cte....skang nih aku plak duk layan di pelamin...agak2 la kan, ble plak aku nk kawin????????hahaha...spe mao jawab?????....aku pon xtaw, hanya DIA yang tahu...sekian

MY COUSIN WEDDING -ZIZAH & ALIFF-

Salam 1 Malaysia semua

Ari 2 aku n fmly g majlis perkahwinan sepupu aku di Ayer Tawar, Perak... Tema wedding 2 warna meron n hitam...so nice n cantik bgttttttt.....
Yang aku syoknyer tgok pelamin dia nih, adeh cantik bgtttt ngan chya yg menarik 2.....

emmmm yg korg tgok nih, sepupu aku yg beria nk kawin...tapi apa kan daya jodohnya belum ketemu lagi....hehehe..klo korg teringin tapi malu leh gtaw aku..ne taw leh wat suami, not byfrnd..hahahahaha...


nih lah sepupu aku zizah n suaminya aliff...aku n famly doakan agar kalian bhgia dan dimurahkan rezeki..amin.....hahaha..... SELAMAT PENGANTIN BARU....

MY LITTLE CUTE

what's up......

emmmm....yg cute-miut 3 org nih anak buah teman.....hahahaha...
sume comey2 sokmooooo...hehehehe.....
em yg paling tue 2 umurnya 8 tahun, second 5 tahun dan yang bongsu 2 tahun...lalalala
yang paling nakalnye 5 tahun nih...hahaha...mmg letih maa jaga die, byak mulut wlpun pelatttt...hehehehe




korg ade anak buah kew???klo xde, korg wat anak sendri jelah....hahahahaha.... pe2 pun bezzttt ooo de anak2 kecil yg comey lagi nakal....^_^

Tuesday, July 19, 2011

AKU & DIA SELAMANYA


hai sumeeee......ari nih aku nk kenalkan korg dgn my sister..hehehe...
ni lah my sis faizadisyah abd rahman....amacam comey x???hahahaha...
kami nih klo xdok tje cmnilahhhh..adehhh..cam owg weng weng...hehehehe....







em...susah ooo mao bikin ini muka....hahaha...
ok....lalalalala....

Sunday, March 6, 2011

PROGRAM KERJA SOSIAL DI IPTA

Terdapat 6 universiti yang menawarkan kursus dalam bidang kerja sosial.

Universiti Utara Malaysia (UUM) : http://cas.uum.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=114&Itemid=59

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) :http://www.fssk.ukm.my/index.php/ms/prasiswazah/ppppm?showall=1

Universiti Sains Malaysia (USM) :http://www.soc.usm.my/soc_my/index.html

*sekiranya maklumat ini salah harap dimaafi..sekian...

APY TIMEEE...:)))

Berbuka puasa bersama-sama wat kali terakhir sebagai student SW at UKM pd thun lepas...hope kalian tidak lupa ganti puasa yer cz ramadhan akan tiba..akanku abadikan kenangan kita bersama..smga kalian berjaya kelak...thank u my frenzzz... :)




Wednesday, March 2, 2011

KURSUS SUKARELAWAN DI INSTITUT SOSIAL MALAYSIA



lepas kursus kita enjoy..









kesimpulannya, kursus ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar yang mengikutinya. melalui bengkel ini para pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sukarelawan. untuk menjadi sukarelawan yang baik, ia perlu lah mempunyai sikap yang prihatin, rasional, bersikap terbuka dan sebagainya. diharapkan pelajar yang mengikuti kursus ini memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang boleh digunakan dan diaplikasikan.


SUKARELAWAN MAKNA

Sukarelawan ialah seseorang yang mempunyai minat terlibat dalam kegiatan sesuatu bidang dan aktiviti kerja sukarela, bukan untuk ganjaran tetapi dilakukan demi tujuan-tujuan murni yang memberi makna istimewa dan kepuasan dalaman seseorang. Sebagai seorang pelajar, seharusnya mempunyai minat untuk menjadi seorang sukarelawan. Kerja sosial merupakan sebahagian bidang yang terdapat dalam kebajikan sosial. Sebahagian pelajar Pogram Kerja Sosial, UKM telah mengikuti program untuk menjadi sukarelawan MAKNA. Pada mulanya, pelajar tersebut telah mengikuti MAKNA Introductory Programme (MIP).

MIP is the first of three compulsory training modules, which every MAKNA volunteer will be required to undergo before being designated a ‘Trained Volunteer’. This module equips potential volunteers with the necessary knowledge and information about MAKNA and the programmes and services it provides to cancer patients, their families, high-risk groups and the public. The programme is also an opportunity for MAKNA to get to know its volunteers. MIP session also provide an avenue for volunteers to identify their areas of interest or expertise they would like to volunteer and contribute. (http://www.makna.org.my/volunteer.asp )












LSB KE PENGASIH MALAYSIA

Persatuan PENGASIH Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan diluluskan pendaftarannya pada 21hb September, 1991. PENGASIH ialah sebuah badan yang tersendiri dan tidak bernaung di bawah mana-mana badan induk. Penaung persatuan ketika itu ialah Allahyarham Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayob, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Penasihatnya pula ialah Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan. PENGASIH sedang gigih berusaha mencapai wawasannya iaitu menjadi sebuah organisasi bukan kerajaan di bidang pemulihan dadah yang berkesan dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Turut terangkum di dalam wawasan PENGASIH ialah pewujudan sebuah kompleks PENGASIH yang serba lengkap di suatu kawasan yang luas dan terancang. PENGASIH juga menggambarkan fungsinya sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan perundingan dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan masalah penggunaan dadah kepada pelbagai pihak di masa akan datang. Bagi mencapai wawasan itu, PENGASIH bekerjasama dengan agensi dan badan-badan lain sama ada tempatan atau antarabangsa kerana PENGASIH percaya bahawa sebuah organisasi yang dinamis dan berjaya semestinya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan bergerak seiringan dengan pihak-pihak lain. ( http://pengasih.net/v2/ )

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, pelajar Program Kerja Sosial telah membuat lawatan sambil belajar ke institusi PENGASIH berkenaan. Tujuan lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahuan kepada pelajar mengenai institusi yang menjalankan pemulihan dadah. Pelajar memperoleh banyak ilmu baru apabila berkunjung di sana. Di PENGASIH, para pelajar diberi taklimat mengenai institusi tersebut, rawatan dan pemulihan yang dijalankan, kemasukan bekas penagih ke institusi tersebut dan sebagainya.