Wednesday, March 2, 2011

KERJA SOSIAL DENGAN KOMUNITI

Menurut Ross (1967):

“…komuniti terdiri daripada semua manusia di sesuatu kawasan geografi seperti kampong, pekan, Bandar, kejiranan atau daerah di dalam bandar. Komuniti juga boleh dirujuk sebagai manusia yang tinggal dalam sesebuah wilayah atau negeri, negara atau dunia. Selain itu komuniti juga termasuklah kumpulan manusia yang mempunyai kepentingan dan fungsi yang sama seperti kebajikan, pendidikan dan agama…”

Menurut Abels (1971):

“…kerja sosial komuniti sebagai suatu proses kerja sosial, di mana pekerja sosial yang berada dalam komuniti menggunakan sumber setiap ahli dalam komuniti untuk menyelesaikan dan memperbaiki masalah yang wujud dalam komuniti dan membawa kepada perubahan persekitaran…”

Manakala Bregar dan Specht (1973):

“…kerja komuniti merupakan suatu kaedah intervensi di mana individu, kelompok dan organisasi terlibat dalam membuat perancangan dan bertindak untuk menyelesaikan masalah sosial…”

Ringkasnya kerja sosial komuniti sebagai satu kaedah dalam kerja sosial yang menekankan kepada penglibatan komuniti secara aktif dan kolektif, penggunaan sumber yang sedia ada dalam komuniti, penglibatan dalam perancangan, pembuatan keputusan dan tindakan serta hasil yang akhirnya akan membawa perubahan kepada kehidupan komuniti tersebut.


No comments: