Wednesday, March 2, 2011

LSB KE PENGASIH MALAYSIA

Persatuan PENGASIH Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan diluluskan pendaftarannya pada 21hb September, 1991. PENGASIH ialah sebuah badan yang tersendiri dan tidak bernaung di bawah mana-mana badan induk. Penaung persatuan ketika itu ialah Allahyarham Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayob, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Penasihatnya pula ialah Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan. PENGASIH sedang gigih berusaha mencapai wawasannya iaitu menjadi sebuah organisasi bukan kerajaan di bidang pemulihan dadah yang berkesan dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Turut terangkum di dalam wawasan PENGASIH ialah pewujudan sebuah kompleks PENGASIH yang serba lengkap di suatu kawasan yang luas dan terancang. PENGASIH juga menggambarkan fungsinya sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan perundingan dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan masalah penggunaan dadah kepada pelbagai pihak di masa akan datang. Bagi mencapai wawasan itu, PENGASIH bekerjasama dengan agensi dan badan-badan lain sama ada tempatan atau antarabangsa kerana PENGASIH percaya bahawa sebuah organisasi yang dinamis dan berjaya semestinya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan bergerak seiringan dengan pihak-pihak lain. ( http://pengasih.net/v2/ )

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, pelajar Program Kerja Sosial telah membuat lawatan sambil belajar ke institusi PENGASIH berkenaan. Tujuan lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahuan kepada pelajar mengenai institusi yang menjalankan pemulihan dadah. Pelajar memperoleh banyak ilmu baru apabila berkunjung di sana. Di PENGASIH, para pelajar diberi taklimat mengenai institusi tersebut, rawatan dan pemulihan yang dijalankan, kemasukan bekas penagih ke institusi tersebut dan sebagainya.











No comments: