Wednesday, March 2, 2011

KERJA SOSIAL DENGAN KOMUNITI ORANG ASLI


Contohnya: Kerja lapangan yang dijalankan bersama komuniti Orang Asli. Kerja lapangan ini memberi dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai komuniti yang dikatakan terpinggir seperti komuniti Orang Asli. Kerja lapangan ini telah dilakukan oleh 10 pelajar Program Kerja Sosial, UKM. Kerja lapangan ini lebih kepada melakukan assessmentterhadap golongan tersebut. Pelajar tersebut telah membentuk soal selidik untuk membantu pelajar memahami komuniti dan kesannya ke atas agensi dan klien. Soal selisik tersebut mengenai latar belakang komuniti, anggaran pendapatan komuniti, aspek pendidikan, aspek pekerjaan, masalah yang dialami dalam komuniti, keperluan komuniti, program yang dijalankan oleh mana-mana pihak di dalam komuniti, perkhidmatan sosial yang ditawarkan untuk komuniti dan sebagainya. Selain itu, pelajar-pelajar juga memperoleh maklumat mengenai komuniti ini dari pihak-pihak yang lain seperti JHEOA, Balai Polis, Muzium Orang Asli dan sebagainya.

dah penat buat kerja lapangan, kami lepak dan rehat sebentar di Sg.Gombak



cari maklumat mengenai Orang Asli di Muzium Orang Asli, Gombak

antara kanak-kanak Orang Asli yang kami jumpa di sekitarnya.

kemudahan dewan yang terdapat di perkampungan tersebut

antara pelajar yang terlibat. di belakang pelajar adalah sebuah surau yang terdapat di perkampungan Orang Asli




No comments: