Friday, February 25, 2011

KERJA SOSIAL (SOCIAL WORK)

Kehidupan masyarakat hari ini semakin rumit akibat perubahan sosial yang berlaku di sekeliling kita. Kegagalan untuk mengadaptasi perubahan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial seperti penderaan kanak-kanak, pelacuran, penceraian, pengangguran, kemiskinan, kegagalan rumah tangga, pengabaian warga tua dan penyalahgunaan dadah. Untuk menghadapi ketidaksempurnaan ini, bidang kerja sosial wujud untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada individu, keluarga, kelompok dan komuniti.

Morales dan Sheafor (2004):

“…kerja sosial meruapakan satu aktiviti professional yang membantu individu, kelompok dan masyarakat dengan tujuan meningkatkan kefungsian sosial mereka bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tertentu…”

Perlaksanaan kerja sosial di Malaysia sebagai satu profesion berlandaskan nilai, prinsip dan etika dalam perlembagaan. Kerja sosial bukan bertujuan menyelesaikan masalah sahaja, malah mengetahui sebab dan punca terjadinya sesuatu masalah itu.

Tujuan utama kerja sosial ini adalah:

  • * Penjagaan-individu yang mengalami keadaan ini dikenali sebgaai vulnerable. Pekerja sosial perlu memberi tumpuan dan kasih saying kepada klien supaya mereka berasa selesa.
  • * Pemulihan-proses ini bergantung kepada keperluan klien yang biasanya bermula dengan terapi psikososial, terapi reality serta pendekatan kepada terapi individu, keluarga dan kelompok.
  • * Pengubahan-memerlukan penyusunan semula undang-undang dan peraturan yang wujud. Hal ini penting untuk memastika pekerja sosial lebih prihatin dan membentuk sikap lebih responsive kepada keperluan manusia.

Menurut NASW, matlamat kerja sosial merangkumi:

  • * Tingkatkan kefungsian sosail individu, keluarga, kumpulan, organisasi dan komuniti
  • * Hubungkan klien dengan sumber-sumber yang ada
  • * Tingkatkan keupayaan perkhidmatan sosial kepada klien
  • * Promosikan keadilan sosial dengan meningkatkan polisi sosial

PIAWAIAN KERJA SOSIAL DIWUJUDKAN