Wednesday, March 2, 2011

KERJA SOSIAL DAN MASALAH SOSIAL

Masalah sosial boleh didefinisikan dalam konteks sosioekonomi dan tidak seharusnya daripada perspektif sosial semata-mata. Masalah yang berkaitan dengan economic dysfunction seperti kemiskinan, pengangguran dan penghijrahan juga mampu menjadi factor pendorong kepada pelbagai masalah. Masalah sosial ini pula dibahagikan kepada masalah individu dan masalah aspek kemasyarakatan. Masalah individu seperti dibuang kerja, kelakuan jenayah, gangguan emosi, kurang bimbingan, kurang dorongan daripada keluarga dan gangguan mental. Manakala masalah dalam kemasyarakatan pula seperti pengangguran beramai-ramai, kadar jenayah yang tinggi dan bencana alam. Masalah sosial seperti kemiskinan, perkauman, penagihan dadah, ketidakadilan sosial dan masalah dalam keluarga.

Perhubungan antara kerja sosial dengan masalah sosial

Terdapat hubungan yang begitu ketara antara kerja sosial dengan masalah sosial. Masalah sosial yang berlaku pada hari ini meningkatkan lagi kepentingan pekerjaan sosial dalam masyarakat. Sejajar dengan perkembangan masyarakat yang semakin meluas, maka sasaran serta penglibatan bidang pekerjaan sosial juga semakin meluas.

No comments: