





Sukarelawan ialah seseorang yang mempunyai minat terlibat dalam kegiatan sesuatu bidang dan aktiviti kerja sukarela, bukan untuk ganjaran tetapi dilakukan demi tujuan-tujuan murni yang memberi makna istimewa dan kepuasan dalaman seseorang. Sebagai seorang pelajar, seharusnya mempunyai minat untuk menjadi seorang sukarelawan. Kerja sosial merupakan sebahagian bidang yang terdapat dalam kebajikan sosial. Sebahagian pelajar Pogram Kerja Sosial, UKM telah mengikuti program untuk menjadi sukarelawan MAKNA. Pada mulanya, pelajar tersebut telah mengikuti MAKNA Introductory Programme (MIP).
MIP is the first of three compulsory training modules, which every MAKNA volunteer will be required to undergo before being designated a ‘Trained Volunteer’. This module equips potential volunteers with the necessary knowledge and information about MAKNA and the programmes and services it provides to cancer patients, their families, high-risk groups and the public. The programme is also an opportunity for MAKNA to get to know its volunteers. MIP session also provide an avenue for volunteers to identify their areas of interest or expertise they would like to volunteer and contribute. (http://www.makna.org.my/volunteer.asp )
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, pelajar Program Kerja Sosial telah membuat lawatan sambil belajar ke institusi PENGASIH berkenaan. Tujuan lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahuan kepada pelajar mengenai institusi yang menjalankan pemulihan dadah. Pelajar memperoleh banyak ilmu baru apabila berkunjung di sana. Di PENGASIH, para pelajar diberi taklimat mengenai institusi tersebut, rawatan dan pemulihan yang dijalankan, kemasukan bekas penagih ke institusi tersebut dan sebagainya.
Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja kian meningkatkan. Hal ini kerana remaja mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Mereka tidak tahu bahawa tindakan yang dilakukannya akan memberi kesan kepada dirinya dan masa depan. Penggunaan alcohol dan tembakau pada usia muda akan menambahkan lagi risiko penggunaan dadah pada masa depan. Remaja menggunakan dadah untuk pelbagai sebab antaranya ingin tahu, merasa bagus, dapat mengurangkan ketegangan dan menyesuaikan diri dalam sesuatu kumpulan. Sebagai seorang pekerja seharusnya mendidik dan memberi pengetahuan kepada golongan remaja ini mengenai dadah dan kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Contoh program yang dijalankan oleh pelajar Program Kerja Sosial, UKM. Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam bertempat di SMK Raja Shahriman, Beruas Perak. Tema program tersebut adalah “REMAJA BEBAS DADAH”. Tujuan program tersebut diadakan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar mengenai bahaya dadah. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalakan semasa program berlangsung antara LDK, sukan, ceramah dan sebagainya.